Payless | Netkad Plus Hallo | Netkad | Services | Technical Support | Advertising | Reseller | Home


 Search The Web
Keyword
Search Engine


 NetKad Center
 Customer Service
 Centre Hotline:
 1800-3388
Press Release
Netkad Mail
MailSurf
Netkad Community
Career Opportunity

Card Museum
Netkad
Netkad Plus Hallo
Payless


 Local Lookups
 Weather
 Flight Schedule
 Exchange Rate
 What's On Theatre
 TV Listings
 Emergency Number
 Prayer Time
 Tidal Information
 Real Estate
 Football Brunei

 News
 Borneo Bulletin
 BBC Asia-Pacific
 Time Asia
 Asia Times
 Yahoo Asia
 CNN Asia
 Asia Week


Press Room

Pengkorporatan JTB tingkatkan inovasi
Monday, September 4, 2000
Oleh Ayu Susilawati Mohd. Yusop, Media Permata - Local Malay Language Newspaper

Pehin Dato Awang Haji Zakaria melancarkan Netkad
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Jabatan Telekom Brunei (JTB) akan dikorporatkan sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan dalam menyusun semula industri telekomunikasi di negara ini.

Menteri Perhubungan Pehin Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria Haji Sulaiman berkata, penyusunan semula industri itu akan dilaksanakan melalui pembukaan perkhidmatan telekomunikasi secara berperingkat-peringkat yang bertujuan untuk memberikan persaingan, inovasi dan pembekalan pakej-pakej perkhidmatan yang menarik seperti panggilan antarabangsa, talian sewa, telefon berbayar dan perkhidmatan internet pada masa akan datang.

Ketika berucap pada majlis pelancaran Netkad di Dewan Muzakarah Pusat Persidangan Antarabangsa katanya, pengkorporatan JTB diharap akan membolehkan jabatan itu beroperasi sejajar dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang lain selaras dengan perkembangan sektor telekomunikasi global.

Bagi JTB, pengkorporatan itu merupakan satu cabaran dalam era persaingan bagi menghasilkan inovasi dan perkhidmatan yang berkualiti untuk memenuhi kehendak pelanggan dengan harga yang kompetitif. Transformasi JTB kepada sebuah entiti komersil sudah tentu akan melibatkan perubahan bagi seluruh Jabatan Telekom, pegawai dan kakitangannya untuk mencari jalan baru dan inovatif bagi menarik lebih banyak pelanggan dan perniagaan.

Beliau berkata, perkembangan arus baru ekonomi dan arus globalisasi yang dihadapi pada masa ini memberikan cabaran yang besar kepada negara ini ketika rakyatnya sedang berusaha mempelbagaikan ekonomi kepada sumber ekonomi baru daripada hanya bergantung kepada minyak dan gas.

Untuk menjadi sebuah negara yang dapat memainkan peranan penting dalam order ekonomi baru itu adalah bergantung kepada keupayaan kita untuk mendapatkan pengetahuan dan informasi bagi menghasilkan produk dan perkhidmatan yang bernilai tinggi, Katanya.

Beliau berkata inovasi adalah sangat mustahak dalam menjana kekayaan ekonomi bagi sesebuah negara. Hanya negara yang dapat menerokai peluang melalui inovasi dalam bidang seperti komunikasi, informasi dan industri teknologi tinggi sahaja yang akan dapat mengukuhkan asas dalam persaingan ekonomi masa depan.

Bagi Negara Brunei Darussalam, asas bagi inovasi dengan wawasan untuk menjadikan negara ini sebagai pusat siber bagi informasi dan komunikasi di rantau ini melalui perkembangan infrastruktur dan strategi bagi perkembangan industri infokomunikasi dibina.

Kementerian Perhubungan menyediakan Rangkaian Global Aliran Multimedia (RAGAM 21) dan melalui kabel broadband dasar laut untuk menghubungkan negara ini dengan lebuhraya utama IT dan perkhidmatan multimedia antarabangsa.

Menyentuh tentang perkhidmatan JTB Netkad katanya, ia adalah satu langkah untuk memberikan pengguna di negara ini pilihan dalam penggunaan perkhidmatan internet.

Beliau berkata, bilangan pelanggan internet adalah pada kadar kurang daripada enam bagi setiap 100 penduduk iaitu kadar yang agak rendah jika dibandingkan dengan kadar di negara maju. Angka tersebut juga rendah jika dibandingkan dengan kadar pengguna telefon bimbit yang mana pada minggu lepas kadar penggunaan mendaftar pelanggannya yang ke 100,000 menjadikan kadar penggunaan telefon bimbit di negara ini meningkat kepada 30 bagi setiap 100 penduduk.

Beliau berharap JTB akan terus inovatif bagi memberikan lebih banyak perkhidmatan tambah nilai kepada pelanggan-pelangannya. Perkembangan teknologi infokomunikasi yang begitu pesat memerlukan perubahan dalam struktur industri telekomunikasi supaya keperluan orang ramai dan peniaga-peniaga dapat dipenuhi.

Perkhidmatan Netkad adalah hasil kerjasama antara JTB dengan sebuah syarikat tempatan iaitu KPF Comserve. Dengan adanya perkhidmatan ini, orang ramai mempunyai satu alternatif untuk mendapat akses ke Internet. Orang ramai hanya perlu mendapatkan Netkad untuk mengakses internet sehingga tarikh mansuh penggunaannya tanpa perlu mendaftar dengan JTB.


Back to top




NetKad Mail
Username
Password



Business & Economy
 SHUTT 2003
 BIT Council
 BIMP-EABC
 BIMP-EAGA
 BRUPOST 30
 BSME
 APEC 2000

Quick Links

 BruNet
 BruNet Dial-Up Rate
 7-digits Numbering Scheme
 JTB Online Services
 Radio Television Brunei
 Brunei Government Site
 SMSFuns Messaging
 BruneiPage.com Portal




Copyright © JTB and KPFComserve Sdn Bhd 2000-2003. All rights reserved.